Friday, May 14, 2010

TERFIKIR UNTUK MULAKAN BISNES

Apa khabar hari ini? Kali ini saya ingin kongsikan satu artikel yang ditulis oleh Dr. Irfan Khairi iaitu salah seorang Jutawan Internet dari Malaysia.

CARA PENTING MULAKAN PERNIAGAAN


Artikel oleh: Irfan Khairi (Jutawan Internet)

Adakah anda pernah terfikir untuk memulakan sesuatu perniagaan? Sekiranya jawapan anda ‘Ya’, anda berada pada landasan yang tepat. Banyak yang perlu anda fikirkan sebelum memulakan perniagaan. Untuk berjaya dalam perniagaan, anda seharusnya mempunyai tanggungjawab, keinginan serta kemahuan yang tinggi. Langkah pertama, periksa hati anda. Adakah anda sudah cukup bersedia untuk memulakan perniagaan? Dan semestinya ia bukanlah atas idea, arahan atau paksaan daripada orang lain. Pastikan ia mestilah dari kerelaan hati sendiri.

Tiga persoalan yang perlu anda fikirkan sebelum memulakan perniagaan:

1. Adakah anda ingin menjalankan perniagaan sendiri? (membuat semua keputusan dan bertanggungjawab sepenuhnya atas perniagaan anda)

2. Adakah anda sanggup bekerja keras dan berkorban untuk segala keperluan pada peringkat awal perniagaan?

3. Adakah anda mempunyai keyakinan diri dan disiplin diri?

Ia membuatkan anda bersungguh-sungguh dalam membina perniagaan sehingga berjaya.

Sekiranya anda menjawab ‘tidak’ pada semua soalan yang dinyatakan, ini bermakna anda belum lagi bersedia untuk membuat atau memulakan perniagaan. Dan sekiranya anda memberi jawapan yang positif pada soalan-soalan tersebut, ini bermakna anda benar-benar telah bersedia untuk berfikir dengan serius bagi memulakan perniagaan yang anda pilih. 
Persoalan yang dinyatakan merupakan kriteria yang amat penting sebelum anda menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Persoalan tersebut perlu anda rungkaikan dengan mengetahui secara lebih mendalam mengenai diri anda, pelanggan anda dan juga kaedah yang efektif dalam perniagaan anda. 
Kriteria ini ditekankan dalam Peoplepreneur Business School yang dijalankan selama tiga hari dua malam. Justeru, sebagai langkah persediaan, anda juga perlu mengetahui adakah anda sudah benar-benar cukup bersedia untuk menjadi seorang usahawan? 
Untuk menjadi seorang usahawan yang benar-benar berjaya dan unggul terdapat beberapa sifat dan sikap yang membuat seseorang itu sesuai untuk menjalankan perniagaan yang berjaya berbanding dengan orang lain iaitu:-

1. Ketekunan, kegigihan dan ketabahan yang ada pada diri kita.
2. Keinginan yang kuat.
3. Keinginan untuk mencari peluang.
4. Bersifat bersaing.
5. Percaya pada diri sendiri.
6. Kekuatan untuk berjaya.
7. Keyakinan diri.
8. Kesihatan yang baik.

Adakah nilai nilai itu ada pada diri anda. Jika ada anda memang telah bersedia untuk mengharungi dunia bisnes. Tetapi jika tiada pun bukan bererti anda tidak layak berniaga kerana sifat sifat itu semuanya boleh dipelajari dan diterapkan.

No comments:

Post a Comment