Hari ni berpeluang pergi jogging bersama Dato Penghulu di sepanjang Pantai Klebang, Melaka. Bila balik, saya berfikir la, apa kebaikan jogging yang akan menaikkan semangat saya untuk terus berjogging lagi esok dan hari2 seterusnya… Jadi, selepas mencari cari, saya terjumpa satu artikel yang menarik nak kongsi dengan pembaca semua..





Apa itu kecergasan/stamina?

Secara mudah, kecergasan adalah keupayaan manusia melakukan kerja fizikal dalam kehidupan harian dan pada masa sama, mempunyai tenaga untuk menghadapi sesuatu yang berlaku di luar jangkaan.
Kebanyakan orang dewasa yang normal mampu melakukan pelbagai kerja seperti mengangkat tong atau yang minat menanam bunga, tidak menghadapi masalah seperti keletihan dan mengah apabila menggali dan menanam pokok bunga.