Monday, April 5, 2010

KHASIAT JUS MANGGIS VEMMA

Anda mesti sedia maklum bahawa buah durian adalah the ‘King of Fruits’ tetapi tahukah anda buah manggis ini adalah the ‘Queen of Fruits’?

mangosteen

Menurut sumber yang dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/manggis, manggis atau nama saintifiknya (Garcinia Mangostana) adalah pokok tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Kepulauan Sunda dan Maluku. Pokok manggis boleh tumbuh dari 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan.

Berikut kita lihat pula kajian yang dibuat oleh para saintis berkaitan kandungan anti-oksida yang ada padanya berbanding buah-buah yang lain.

xanthone

Alam semulajadi telah mendedahkan satu lagi rahsia dalam mencapai kesihatan hidup melalui penemuan anti oksidan yang dipanggil xanthone. Ditemui dalam buah manggis, bahan yang diklasifikasikan sebagai anti oksidan ini dianggap sebagai salah satu penemuan terbaik dalam bidang kesihatan. Dengan potensi mineral dan vitamin yang tinggi, buah manggis mengandungi semua komponen penting (essentials) yang diperlukan dalam kehidupan kita untuk kekal sihat dan cergas.

Xanthone adalah potensi anti oksidan dari keluarga phytonutrients. Menurut penyelidik, terdapat lebih kurang 200 pengelasan terhadap anti oksidan, dan 40 daripadanya terdapat dalam buah manggis. Sebab itulah buah manggis diberi jolokan sebagai “Queen of Fruits”.

Untuk melihat gambaran dengan lebih jelas tentang faedah Xanthone, disenaraikan faedah kesihatan yang dapat diperoleh darinya:

1. Xanthone mempunyai komponen kuat menentang kanser (anti-kanser).

Menurut kajian terkini yang dilakukan di Jepun, mereka berjaya menemui bahan xanthones yang dipanggil Xanthone Alpha Mangostin yang boleh digunakan untuk menghalang pembentukan tumor. Terdapat satu lagi jenis Xanthone yang dipanggil sebagai Xanthone Garcicone E dapat mencegah penyakit kanser dalam organ penting badan kita seperti hati, paru-paru dan usus.

2. Xanthone menolong mencegah penyakit berkaitan kardiovaskular (penyakit jantung).

Xanthone membantu badan kita mengurangkan penyerapan kolestrol, yang secara tidak langsung mencegah atherosclerosis dan lain-lain penyakit berkaitan jantung. Melalui anti oksidan ini, tubuh badan kita dibersihkan dari unsur toksin yang merbahaya dan radikal bebas yang mana jika bergabung bersama kolestrol boleh menjadi punca kepada pelbagai penyakit jantung dan hati (heart illnesses).

3. Xanthone adalah sempurna sebagai detoksifikasi.

Xanthone sangat mujarab sebagai agen detoksifikasi. Ianya membantu tubuh badan kita mengeluarkan unsur-unsur merbahaya seperti toksin dan bahan kimia secara efektif dengan lebih cepat berbanding amalan detoksifikasi secara tradisional.

4. Xanthone sangat baik untuk kesihatan kulit dan wajah anda.

Semua anti oksidan mempunyai komponen yang sangat baik untuk kulit kita, tetapi Xanthone mampu melakukan lebih dari itu selain daripada menjadikan kulit lebih cerah dan segar serta melembapkannya. Anti oksidan seperti ini mampu merawat penyakit kulit seperti seborrhea, eczema, psoriasis, jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol , keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan InsyaAllah pelbagai lagi masalah.

Xanthones sesungguhnya sangat jarang ditemui dalam pelbagai jenis buah-buahan seperti yang terdapat dalam manggis. Penting untuk dinyatakan di sini bahawa bahan anti oksidan ini boleh diproses dan dijadikan sebagai bahan makanan tambahan (supplements) dengan cara proses dan kaedah yang betul.. Oleh kerana Xanthone adalah jantung kepada produk buah manggis, pastikan anda memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap khasiatnya.

Sumber rujukan:

1. http://ezinearticles.com/?Benefits-of-Xanthones&id=2099972

2. http://www.mangosteensupplements.co.uk/

No comments:

Post a Comment