Monday, April 29, 2013

KHASIAT DAN KEGUNAAN SERAI



DAUN

• Mencuci hanyir pada daging itik dan kambing.
• Daun serai yang dibalut dengan besi atau batu panas digunakan untuk tuaman dan bertungku pada kawasan urat saraf yang lemah, penyakit bisa otot-otot, sendi, mengecutkan rahim yang bengkak, memecahkan lendir, darah dan
angin.
• Daun serai dan jintan hitam digiling untuk di jadikan ‘paste’ bagi ditampal di dahi untuk melegakan sakit kepala seperti angin meriam dalam pantang bersalin. Campuran pada rempah ratus untuk di jadikan ‘paste’ bagi merawat bengkak-bengkak sendi dan otot.
• Air rebusan daun serai digunakan bagi mandian ibu dalam pantang selepas bersalin dan untuk penyakit lemah otot dan sendi

BATANG DAN AKAR POKOK SERAI digunakan untuk:-

• Membantu mengubati masalah sakit perut dan memecah gumpalan angin serta melepaskan angin melalui dubur (kentut) dan mulut (sendawa).
• Dapat membantu mengimbangkan kestabilan hormon.
• Sebagai makan harian berlauk, menambahkan aroma hidangan serta membantu meringankan keadaan keracunan pemakanan.
• Campuran dengan rempah ratus mempunyai khasiat bagi merawat kesihatan sistem dalaman badan.
• Membantu melawaskan dan melancarkan pembuangan air kecil.
• Pencegah nyamuk dan gigitan bisa.
• Di jadikan bahan wangian, syampu dan losyen.

BUNGA SERAI sering di gunakan bagi:-

• Pencegahan kehamilan manusia dan binatang.
• Penyegar dan pelembab kulit (awet muda).
• Kesihatan dan kesegaran rahim

LAIN-LAIN KHASIAT SERAI:-

- Mencegah kanser
Satu kajian mendedahkan bahawa setiap 100 gram serai mengandungi antioksidan yang boleh mencegah kanser. Pada tahun 2006, satu pasukan penyelidik dari University Gurion di Israel mencari sebatian dalam batang serai yang boleh mematikan sel kanser tanpa merosakkan sel sihat.

- Ubat gangguan pencernaan
Teh serai membantu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, masuk angin, kejang usus dan cirit-birit. Serai juga membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.

- Detoksifikasi
Serai mempunyai sifat detoksifikasi tubuh dengan meningkatkan jumlah dan kekerapan buang air kecil. Hal ini boleh membuat organ pencernaan, hati, pankreas, buah pinggang, dan kandung kemih bersih dan sihat kerana zat beracun dan asid urat telah disingkirkan.

- Manfaat pada sistem saraf
Minyak asiri (minyak esensial) serai boleh digunakan untuk menguatkan dan meningkatkan fungsi sistem saraf. Kerana minyak serai yang disapukan ke permukaan tubuh memberikan kesan menghangatkan, melemaskan otot dan meredakan kejang.

- Menurunkan tekanan darah
Serai berkesan dalam mengurangkan tekanan darah, merangsang peredaran darah dan menghilangkan masalah tekanan darah. Pengambilan segelas jus serai dapat menurunkan tekanan hipertensi.

- Sebagai analgesik
Serai meringankan semua jenis peradangan dan iritabiliti yang berkaitan dengan kebanyakan jenis sakit. Jadi, jika seseorang mengalami sakit gigi, sakit otot, sakit sendi, atau sakit-sakit, teh limau berserai pasti dapat membantu.

- Kulit cantik
Serai merupakan asas dalam industri kosmetik. Di antara manafaatnya ialah; mengurangkan jerawat dan berfungsi sebagai penyegar. Minyak serai juga boleh disapu ke seluruh tubuh untuk memberi kesan menghangatkan.

- Kesihatan wanita
Pengambilan teh serai dapat mengurangkan sakit haid dan rasa mual.

_ Menyegarkan dan Menyejukan
Meminum segelas serbat (rebusan) daun serai dalam cuaca panas dapat menyegar dan menyejukan badan. 





1 comment:

  1. JOM gunakan SIMKAD baru ni, dan anda berpeluang utk mendapat komisen hingga 26% pada setiap kali downline anda TOP-UP.
    "" yg bestnya, kita hanya tukar SIMKAD, no lama masih lagi kekal.
    "" yg Best lagi, boleh dapat P.A Cover RM100,000 secara percuma.
    Nak apa lagi?

    http://bit.ly/1BwhpWp

    ReplyDelete