Tuesday, April 30, 2013

Kesihatan Vs. Kewangan... Mana Penting?


Jaga Kesihatan = Jaga Kewangan

Kekayaan atau kesihatan yang penting?
Pastinya ramai akan kata, kesihatan lagi penting. Tapi sering kali, kita hanya mengambil berat tentang kesihatan kita apabila kita jatuh sakit sahaja. Bila tak sakit, mungkin berbagai aktiviti gaya hidup yang kurang sihat kita amalkan- seperti merokok, makan berlebihan, minum minuman yang manis-manis dan sebagainya. Apabila jatuh sakit, baru lah kita akan tersedar dan berpantang untuk menjaga kesihatan.

Menjaga kesihatan harus bermula daripada awal sebelum terlewat. Dengan kesihatan yang terjaga, kita juga dapat mengawal kewangan, kerana kos perubatan sering melambong tinggi dan menelan beribu ringgit.

Antara cara-cara asas menjaga kesihatan kita ialah:

1. Jaga pemakanan - Jangan makan berlebihan, kurangkan garam dan juga gula. Lebihkan buah buahan dan sayur-sayuran. Makanan terbaik adalah makanan organik (tidak diproses).

2. Bersenam selalu - Lakukan senaman dari masa ke semasa. Senaman mudah seperti jogging atau pun berjalan. Bersukan adalah aktiviti sihat yang dapat dan perlu dilakukan. Tidak minat dengan sukan? lakukan senaman-senaman mudah dari rumah. Turun naik tangga juga bersenam. Berkebun disekeliling rumah pun bersenam.  Mencuci pun senaman juga.

3. Cukupkan rehat - Tidur sedikit awal setiap hari sekiranya anda rasakan badan penat dan lesu. Apa yang anda perlukan adalah rehat yang secukupnya.

4. Bersembahyang - Bagi umat Islam pula, jangan lupa  melakukan aktiviti ini secara konsisten. Selain kita melunaskan perentah Yang Maha Agung, secara fizikalnya ia juga bersangkutan dengan perkara 2 diatas, lebih-lebih lagi apabila kita  melakukan bermacam macam solat sunat.


Jom Kita Bersenam



No comments:

Post a Comment