Saturday, December 4, 2010

7 Langkah Untuk Menarik Pelawat Ke Web Bisnes Anda

Filed under: Marketing Strategy
Semua orang mempunyai pendapat berbeza tentang perniagaan internet. Ada yang berminat dan percaya perniagaan ini memang menjanjikan keuntungan. Terdapat juga yang masih dingin dan tidak percaya perniagaan ini boleh merealisasikan impian mereka. Bagaimana dengan anda? Dalam kumpulan itu di mana anda akan berdiri?
Sebagai seorang pemula (newbie), anda mungkin masih berasa kurang keyakinan dan tidak yakin ketika melompat masuk ke dalam perniagaan ini. (bermaksud anda berdiri di antara yakin dan tidak).
Sebagai seorang pemula kita perlu banyak belajar dan mudah pula untuk diajar (coachable). Dan ingat,  belajar bukan sahaja untuk mereka yang gagal, tetapi juga penting bagi mereka yang berjaya.
Bagi mereka yang baru berjinak dengan bisnes internet, pada peringkat awal memulakan bisnes, anda hanya mempunyai niat untuk mendapatkan modal terlebih dahulu. Inilah yang selalu dikatakan oleh orang baru, “Saya benar-benar serius nak melakukan bisnes ini!”  Ok, jika begitu semangat anda, sentiasalah fikirkan tentang kejayaan anda. Sentiasa berfikir positif dan terus bersikap optimistik jika anda sudah berjaya. Kemudian cuba belajar selok belok sains pemasaran internet (science of internet marketing) khususnya cara-cara bagaimana hendak melakukan promosi dengan lebih berkesan. Berlatih cara pemasaran internet (promosi) secara beransur-ansur.
Kita kena yakin dan percaya dengan kuasa pemikiran positif.  Ya, jika anda sentiasa berfikiran positif sudah pasti keputusannya mesti positif. Dan begitulah sebaliknya. Ingatlah, mereka yang berjaya sentiasa optimistik.
Tetapi, berhati-hati jangan terlalu dilalaikan oleh rasa optimis. Anda juga perlu berjuang bersungguh-sungguh jika mahu laman web pemasaran anda benar-benar mampu ‘menjual’.
Jawapannya ada di sini. Cukup dengan tujuh langkah-langkah.
1. Muatkan Laman Web Anda Dengan Penulisan Bermutu 

Jika kandungan laman web anda memuatkan artikel-artikel berkualiti sudah pasti ramai webmaster laman web lain mahu membuat pautan ke laman web anda. Jadi, jangan bimbang tentang pelawat sepi (lonely visitor).
Tambahkan kemeriahan laman web anda, iaitu memberi peluang kepada pelawat-pelawat menyumbang untuk laman web anda. Misalnya, memberi mereka ruang untuk menyampaikan komen tentang laman web anda. Ini perlu untuk laman web anda lebih interaktif.
2. Menyertai Direktori Enjin Carian
Untuk menjadikan laman web anda lebih popular, anda boleh mendaftar pada direktori enjin carian. Ianya bagi memudahkan laman web anda dikesan.
Bagaimanapun, sebelum anda menyertai, adalah lebih baik untuk melayari, memilih direktori yang paling sesuai dengan tema dan kandungan laman web anda. Contohnya direktori Yahoo Directory, Projek Direktori Terbuka (DMOZ), Gimpsy, GoGuides, Business.com, dan lain-lain lagi.
3. Sumbangkan Artikel Anda Di Laman Web Orang Lain 

Pemilik-pemilik web selalunya suka mengumpul hampir semua artikel-artikel yang bagus pada laman web mereka. Jadi, inilah peluang anda menyumbang tulisan-tulisan anda pada laman-laman web ini. Apa matlamatnya? Supaya anda lebih dikenali. Jadi lebih mudah bagi anda menarik pelawat ke laman web anda.
Sila cuba kalau anda tidak percaya.
Ada beberapa laman web yang sering saya gunakan bagi mengumpul artikel seperti Ezine Articles, Idea Marketers, dan GoArticles.
4. Menulis Testimoni 

Jika anda menulis testimoni tentang sesuatu, anda mungkin ingin mempamerkan testimoni perniagaan anda sebagai satu ciri pada laman web mereka. Tetapi, ingat! Jangan membuat testimoni yang secara terbuka meminta pautan ke laman web anda. Kumpulkan semua contact anda, termasuk laman web anda, dan nantikan apa yang terjadi seterusnya.
5. Mewujudkan Siaran-siaran Akhbar (Press Release) 

Untuk memperkenalkan berita tentang laman web anda, anda boleh mewujudkan satu siaran akhbar. Tujuan adalah bagi menarik pelawat ke laman web anda. Bagaimanakah siaran-siaran akhbar pada internet?
Terdapat beberapa laman web yang biasa menguruskan laman-laman web yang baru dilancarkan seperti PRWeb, PRFree, dan SBWire. Jadi, hanya klik pada laman web mereka, dan anda boleh mengumumkan laman web baru anda kepada dunia.
6. Membuat Blog 

Cara yang paling baik untuk menarik pelawat-pelawat ke dalam laman anda ialah menggunakan  blog. Mengapa? Kerana ia satu cara kempen yang paling mudah. Enjin carian akan mempamerkan blog anda berdasarkan klik kata kunci oleh pelawat-pelawat anda.
Oh ya, anda perlu tahu, bahawa enjin carian suka kepada paparan blog yang menarik danfresh (sentiasa dikemas kini). Dan, sudah tentu blog anda mesti berhubungan dengan laman web pemasaran anda. Juga, dengan produk-produk dan perkhidmatan yang boleh didapati pada laman web anda.
7. Aktif Dalam Forum Dan Kumpulan-kumpulan (Groups)

Komuniti ialah satu perkara amat penting dalam perniagaan anda. Mengapa? Kerana pada forum itu dan kumpulan (komuniti) ialah semua orang bercakap tentang satu tajuk. Jadi, segeralah berganding dengan komuniti yang berkaitan dengan laman web anda.
Anda boleh melakukan promosi laman web anda di sana. Bagaimana untuk mambuat promosi secara halus dan tidak menonjol? Menggunakan nama laman web anda sebagai ID anda dan mewujudkan satu identiti lengkap yang termasuk laman web anda di dalamnya.
Baiklah, sentiasa ada satu cara untuk melakukan sesuatu. Sentiasa ada satu cara untuk kaya. Anda bersetuju?
Ok, jumpa lagi…

No comments:

Post a Comment